fbpx

Abang ipar diburu, rogol kanak-kanak 11 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh IVAN AMIRUL

PITAS – Polis memburu seorang lelaki disyaki merogol kanak-kanak berusia 11 tahun yang juga adik iparnya di salah sebuah kampung di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd. Izaan Abdullah mengesahkan kejadian yang berlaku pada 30 September lalu kira-kira pukul 5 petang dan satu laporan polis juga sudah dibuat pada hari sama kejadian berlaku.

“Kita menerima laporan daripada kakak mangsa yang juga isteri kepada suspek.

“Selain itu, seorang lelaki berumur 40an dipercayai bapa saudara mangsa turut ditahan sebaik sahaja laporan polis dibuat,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mengulas lanjut Mohd. Izaan berkata, pengadu menyatakan dia mengambil mangsa bagi menjaga tiga anak di rumahnya berikutan perlu ke klinik untuk menjalani pemeriksaan kesihatan manakala suami pengadu (suspek) keluar bekerja.

“Bagaimanapun, setibanya kakak mangsa di rumah, mangsa memberitahu dirinya ‘diganggu’ dua suspek ketika berada di dalam bilik tidur.

“Suspek lelaki berusia 31 tahun berkenaan melarikan diri dan kini sedang giat diburu. Kerjasama penduduk setempat amat diperlukan sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan suspek,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI