fbpx

Bekalan ikan di utara berkurangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - FOTO ZULFADHLI ZAKI

BUKIT GANTANG – Bekalan ikan di beberapa buah negeri di utara tanah air mengalami kekurangan sejak dua minggu lalu.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, isu berkenaan berlaku apabila beberapa jeti pendaratan utama di Kedah dan Perak mengalami kekurangan bekalan ikan hingga 50 peratus.

“Kebiasaannya daripada 200 kapal yang keluar ke laut, 20 hingga 30 kapal akan balik mendaratkan ikan. Bagaimanapun, ekoran cuaca yang tidak menentu ketika ini, hanya dua ke tiga kapal mendarat dengan bekalan ikannya yang sangat sedikit,” katanya kepada pemberita di Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang hari ini.

Syed Abu Hussin meraikan permintaan anak muda di Parlimen Bukit Gantang untuk bergambar bersamanya di Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang hari ini. – Foto WAT KAMAL ABAS

Menurutnya, bagi mengatasi kekurangan bekalan ikan itu, LKIM akan mengeluarkan bekalan ikan sejuk beku atau Q-Fish bagi menampung permintaan.

“Kalau berlakunya harga yang tidak dapat dikawal maka LKIM akan mengambil langkahnya dengan mengeluarkan ikan sejuknya. Ia bertujuan bagi menampung keperluan rakyat dan menstabilkan harga ikan di pasaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI