fbpx

Guna lagu Baby Shark untuk dera banduan, tiga individu didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR OKLAHOMA – Tiga bekas petugas penjara berdepan tuduhan salah laku kerana memaksa banduan mendengar lagu kanak-kanak Baby Shark sebagai satu bentuk hukuman, lapor Daily Mail.

Pihak pendakwa raya memberitahu Mahkamah Daerah Oklahoma pada 5 Oktober lalu bahawa sekurang-kurang­nya empat banduan dipaksa mendengar lagu popular itu selama beberapa jam.

Kejadian itu berlaku di Penjara Daerah Oklahoma antara bulan November dan Disember lalu, menurut The Oklahoman.

Lagu Baby Shark diterbitkan syarikat Pinkfong dari Korea Selatan. Klip video yang dimuat naik di YouTube sudah ditonton hampir tujuh bilion kali sejak 2016.

Dua tertuduh iaitu Gregory Cornell Butler Jr. dan Christian Charles Miles, masing-masing berusia 21 tahun, meletak jawatan semasa kes disiasat.

Individu ketiga, yang juga merupakan penyelia tertuduh pertama dan kedua, Christopher Raymond Hendershott, 50, pula didakwa atas kesalahan bersubahat. Dia bersara semasa kes disiasat.

Miles mengaku bekerjasama dengan Butler ‘mengajar’ banduan kerana merasakan tindakan disiplin di pusat tahanan gagal memulihkan mereka.

Hendershott didakwa me­n­getahui cara hukuman itu pada 23 November tahun lalu tetapi gagal menghalang atau mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawainya.

Menurut pegawai penyiasat, hukuman lagu itu dianggap tidak berperikemanusiaan dan memberi tekanan emosi ke atas banduan terlibat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI