fbpx

Nora Danish ‘belanja’ apa tu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORA DANISH

ELOK-ELOK dipuji netizen kerana tampil dengan imej bertudung labuh baru-baru ini, hujung-hujungnya kembali dengan imej meminta untuk dikecam.

Itulah yang dilalui oleh pelakon cantik Nora Danish apabila sekali lagi menjadi sasaran netizen untuk dikritik kerana tampil dengan ‘legging’ hitam menampakkan bentuk punggungnya dalam satu hantaran Instagramnya.

Gambar yang dirakam dari posisi tepi itu secara jelas menampakkan bentuk badannya yang melentik. Melihat gaya pakaiannya, rasanya Nora baru habis bersenam.

Meninjau dalam ruangan komen, netizen mula meninggalkan kata-kata kecaman apabila mengingatkan Nora yang semakin berusia.

Ada juga yang tak senang dengan pakaian ketat dan sengaja menunjukkan bentuk punggungnya itu.

“Pakailah ketat selagi boleh. Tak lama lagi Ramadan. Nanti boleh tutup semua balik sambil ambil gambar baca al-Quran,” sindir seorang netizen.

“Nanti Ramadan pakai jubah,” kata seorang lagi netizen.

“Memang ketat betul. Kalah Janna Nick,” ujar seorang pengguna Instagram.

Nasib awaklah Nora. Dah tahu mulut-mulut netizen dekat Malaysia semuanya ‘pedas-pedas’, terima sahajalah kecaman mereka itu.

DIVA: Ramai yang minta supaya penyanyi rap Caprice sertai politik. Boleh menang ke?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI