SOALAN ini sangat penting bagi semua bangsa usahawan ambil dan duduk fikirkan sedalam-dalamnya.
Saya tahu, ramai usahawan terutama perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berdepan cabaran dalam tempoh ini.
Ada yang alami jualan merosot!
Ada yang risau kos operasi makin meningkat atas pelbagai faktor!
Ada juga yang bimbang soal cash flow syarikat makin mengecil!
Ada pula yang takut dengan prospek ekonomi global bila mana penganalisis ekonomi termasuk daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia jangka kemelesetan ekonomi pada 2023!
Tapi tahukah anda, ketika ini ada juga usahawan yang bukan saja bertahan, malah berkembang hingga pecahkan rekod jualan mereka pada 2021.
Kenapa mereka boleh menyaksikan peningkatan dalam bisnes?
Sebab ada kekuatan supernatural ke, mempunyai sayap atau usahawan itu paling bijak dalam dunia ini?
Tidak, mereka ini sama juga seperti anda. Mereka juga berdepan cabaran, cuma mereka tahu apa perlu fokus dan lakukan tindakan yang lebih tepat.
Ini bukan cakap kosong, saya lihat sendiri usahawan jutawan bimbingan saya & RichWorks mampu melakukannya.
Namun proses ini bukannya berlaku dalam sekelip mata. Mereka ini trust the process, ikuti perjalanan, panduan dan hala tuju diberikan hingga mampu bina bisnes yang berjaya.
Saya dan RichWorks bukannya mengajar hanya untuk jalankan bisnes, tetapi bagaimana nak membina bisnes yang mampu bertahan.
Jika anda berada dalam keadaan stuck, tak tahu apa lagi boleh dibuat untuk berdepan isu dan cabaran yang saya sebut tadi, anda boleh berhubung dengan kami.
Saya ada talian WhatsApp Datuk Wira untuk usahawan bertanyakan soalan. Saya sendiri akan jawab nanti melalui video atau sesi Voice Chat di akaun Telegram Azizan Osman Official setiap hari Ahad, pukul 8 pagi.
Sesi khas itu merupakan persediaan untuk usahawan-usahawan yang akan berjumpa dengan kami dalam program 10X Bina Bisnes Berjaya di Setia City Convention Centre pada hujung bulan ini.
Program tiga hari itu akan menjawab dengan lebih mendalam bagaimana anda, seorang usahawan dapat survive dalam tempoh ini termasuk pada 2023.
Ini merupakan program umum terakhir saya pada 2022, dan mungkin juga selepas ini.
Saya akan lebih memfokuskan kepada usahawan-usahawan yang berada pada tahap expansion, di samping melaksanakan tanggungjawab dalam dunia korporat, insya-Allah.
Apa-apapun, RichWorks sentiasa ada untuk bantu dan menyokong bangsa usahawan dalam membina bisnes yang berjaya.
Bangsa usahawan jangan mudah mengalah, pasti ada jalan dalam mendepani krisis dan cabaran yang ada ketika ini.