fbpx

Kecoh corak bandana Anna Jobling macam salib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANNA JOBLING memakai bandana yang coraknya menimbulkan pertelingkahan dalam kalangan peminat.

PELAKON cantik Anna Jobling mencuri perhatian netizen selepas berkongsi sebuah video mempamerkan aksinya sedang menari yang tular dalam TikTok baru-baru ini.

Ketika sedang lincah menari, Anna dilihat menggayakan baju hitam merah dan berseluar jeans. Dia juga dilihat memakai bandana di kepalanya.

Tapi, kain yang dipakai di kepalanya itu telah mencetuskan pertikaian netizen apabila terdapat komen menegur corak bungs pada kain tersebut yang dikatakan menyerupai lambang salib.

Netizen yang menegur tentang lambang agama Kristian itu meminta Anna supaya lebih peka memandangkan statusnya sebagai seorang wanita Muslim.

“Kat kepala tu pakai cekup (penutup kepala) bertanda macam salib. Elaklah benda-benda yang boleh mendatangkan ‘syubhah’. Peliharalah anak cucu daripada benda-benda yang mendatangkan fitnah,” ujar individu tersebut.

Bagaimanapun, gambar ‘close-up’ yang dikongsikan Anna dalam Instagram miliknya mendapati lambang salib yang kecoh diperkatakan itu corak bermotifkan bunga.

Ramai peminat cuba mempertahankan Anna daripada menjadi fitnah individu terbabit.

“Itu bungalah woi!” tegur seorang peminatnya.

“Ada sahaja yang mencari kesalahan,” kata seorang lagi netizen.

“Benda begitu pun mahu dijadikan isu,” ujar seorang pengguna TikTok.

Mungkin sebab tersalah anggap sahaja. Maklumkan, fokus kamera terlalu jauh. Maka corak bunga pun nampak seperti lambang salib.

Sabar sahajalah Anna dengan karenah netizen. Anggap sahajalah perkara itu sebagai teguran supaya Anna lebih berhati-hati selepas ini.

DIVA: Dengarnya seram sungguh filem Talbis Iblis lakonan Nasha Aziz, Azira Shafinaz dan Zul Ariffin. Jom!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI