fbpx

Wanita lagak ‘samseng jalanan’ di Jalan Tebrau dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan Toyota Fortuner dipandu seorang wanita berusia 40 tahun yang ditahan kerana bersikap road bully di Jalan Tebrau, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu wanita yang bersikap seperti ‘samseng jalanan’ apabila memandu secara berbahaya di Jalan Tebrau di sini ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pemandu berusia 40 tahun itu ditahan di sekitar daerah ini pada pukul 8.33 malam.

Menurut beliau, ujian air kencing mendapati suspek bebas daripada sebarangan pemngambilan bahan terlarang mahupun pengaruh alkohol.

“Polis mengesan satu rakaman video tular memaparkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Fortuner yang dipandu secara berbahaya bukan sahaja kepada dirinya tetapi pemandu lain.

“Siasatan mendapati suspek sengaja memberhentikan kenderaan secara mengejut, menyebabkan kereta jenis Perodua Axia di belakang turut berhenti secara mengejut sehingga hampir dirempuh treler,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Raub, sehubungan itu pihaknya menyita Toyota Fortuner yang digunakan wanita berkenaan dalam kejadian tersebut.

“Suspek dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil sementara menunggu hasil siasatan dilengkapkan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Raub mengingatkan orang awam khususnya pengguna jalan raya untuk sentiasa bertolak ansur dan bertimbang rasa bagi mengelak daripada berlakunya sebarang insiden tidak diingini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI