fbpx

UMNO yakin rakyat Kelantan mampu buat pilihan bijak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Jazlan (kiri) menyerahkan panji-panji BN pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Machang di Dewan Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu, Machang hari ini.

MACHANG – UMNO Kelantan yakin rakyat negeri itu mampu untuk membuat keputusan bijak bagi menilai sama ada Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) yang akan menerajui negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, rakyat sudah dapat menilai dan lebih tahu parti yang boleh memimpin.

Katanya, sehubungan itu, pihaknya menyerahkan sepenuhnya mandat dan kepercayaan kepada rakyat di negeri ini untuk membuat pilihan pada PRU15.

“Rakyat Kelantan sekarang ini sudah dapat menilai dan lebih tahu parti mana yang boleh memimpin. Mereka lebih bijak untuk memilih dan semuanya terpulang kepada rakyat.

“Justeru, kita akan berusaha membuat penambahbaikan demi kepentingan kesejahteraan rakyat termasuk menampilkan semua calon yang terbaik di Kelantan untuk PRU15,” pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Machang di Dewan Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu di sini hari ini.

Mengulas mengenai keputusan Pas untuk bersama PN pada PRU15, menurut Ahmad Jazlan yang yang juga Ketua UMNO Bahagian Machang, UMNO tidak pernah sesekali menolak kerjasama dengan parti itu malah sebaliknya yang berlaku.

Katanya, bagaimanapun, pihaknya sentiasa menghormati pilihan Pas meskipun terpaksa berhadapan dalam pilihan raya kali ini.

“Kita tidak pernah menutup serapat-rapatnya pintu (kerjasama). Masih ada ruangan terbuka, namun apabila Presiden Pas sendiri mengeluarkan kenyataan di saat yang sebegini genting apakah kita boleh berlengah lagi?

“Kalau orang dah tak sudi, buat apa tunggu? Nak tunggu mereka akhirnya menghancurkan segala gerakan kita. Ini tak boleh. Jadi, soal perpisahan ini UMNO tidak meminta, namun Pas yang telah meninggalkan kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI