fbpx

PRU15: Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor sah tidak bubar DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

PETALING JAYA – Pakatan Harapan mengesahkan tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor.

Pengerusi PH dan juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketetapan itu dibuat bagi memastikan persiapan dibuat untuk menangani banjir di negeri terbabit.

“PH adalah satu badan yang utuh dan kita berikan ruang perbincangan cukup terbuka. Alasannya, kita menolak kerakusan pemerintah memaksa pilihan raya dalam keadaan rakyat derita susah menghadapi banjir.

“Kita juga mahu jentera kerajaan yang sah dan mempunyai mandat menumpukan kepada persiapan dan penyelesaian mengurangkan beban kesukaran hidup mangsa-mangsa banjir, bukan pada pilihan raya atau kedudukan mereka,” katanya selepas Mesyuarat Majlis Presiden di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI