fbpx

Polis siasat status Facebook aibkan Dr. Noor Hisham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Status bergambar yang mengaibkan Noor Hisham dimuat naik pemilik akaun Facebook MGAG semalam.

KUALA LUMPUR – Polis kini menyiasat satu status bergambar yang didakwa mengaibkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang dimuat naik pemilik akaun Facebook MGAG.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kertas siasatan telah dibuka selepas pihaknya menerima satu laporan polis di Senawang, Seremban.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Seksyen tersebut melibatkan kesalahan mengaibkan kehormatan seseorang yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, sekiranya didapati bersalah.

Semalam tular sekeping gambar menunjukkan Noor Hisham kononnya memakai seluar dalam dan kain pelikat semasa mengadakan sidang akhbar di kediaman beliau.

Gambar yang dimuat di akaun Facebook MGAG itu mendapatkan kecaman netizen sebelum pemiliknya memadam hantaran berkenaan dan membuat permohonan maaf.

Pemilik tersebut mendakwa status bergambar itu dimuat naik sekadar gurauan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI