PETALING JAYA – Penduduk di empat buah negeri di Utara Semenanjung diminta berwaspada susulan amaran ribut petir dan hujan lebat akan melanda beberapa kawasan pagi ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan di laman Facebook berkata, antara negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis.
“Amaran ribut petir berserta hujan lebat dijangka melanda seluruh kawasan di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
“Manakala untuk negeri Perak pula, ia melibatkan kawasan di Kerian, Larut, Matang dan Selama,”ujarnya.
Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca ini dijangka berterusan sehingga pukul 10 pagi nanti. – KOSMO! ONLINE