fbpx

Avon pertingkat kesedaran tentang kanser payudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Avon sedang menganjurkan Kempen #NormalForMe secara global sepanjang bulan Oktober bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara. 

Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan golongan wanita khususnya tentang kanser payudara kerana melalui usaha mengesan awal kanser, ia dapat menyelamatkan nyawa.

Ketua Pegawai Eksekutif Avon, Angela Cretu berkata, melalui kempen tersebut, syarikat mahu menormalisasikan perbualan tentang kesihatan payudara dan membantu orang ramai supaya tahu akan tanda-tanda awal kanser payudara dan langkah penjagaan yang boleh diambil. 

“Kami menyeru wanita dan lelaki untuk berkongsi tiga perkataan yang menggambarkan payudara mereka di Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok untuk membantu meningkatkan kesedaran dan mengingatkan orang ramai akan pentingnya pemeriksaan kendiri. 

“Bangkit dan bantu dalam mencegah kanser payudara dengan berkongsi tiga perkataan yang anda rasa mampu untuk mengajak rakan, ibu mahupun kakak anda untuk melakukan pemeriksaan.

“ Periksa. Kongsi. Senyum itu adalah  tiga perkataan yang disebut oleh wakil Avon melalui video sosial sambil bercerita tentang payudara mereka dalam keadaan “biasa”,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Gambar hiasan

Bersempena kempen #NormalForMe, Avon Malaysia juga akan mengadakan kempen pengumpulan dana yang menampilkan pilihan produk terlaris Avon termasuk wangian, pakaian intim dan produk penjagaan kulit dari 1 hingga 31 Oktober 2022.

Usaha murni Kanser Payudara Avon Malaysia bermula pada tahun 1994 melalui pelancaran Kempen Kesan Barah Awal (KEBAL), yang kemudiannya dilancarkan semula sebagai Kiss Goodbye to Breast Cancer (KGBC) pada 2002 oleh Menteri Kesihatan Malaysia ketika itu. 

Sepanjang tempoh 28 tahun itu, kempen tersebut telah menyumbang lebih RM2 juta kepada hospital, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak-pihak yang berkaitan. 

Ini termasuk sumbangan dalam bentuk wang ringgit, penajaan mesin mamogram dan biopsi kepada pusat kanser payudara serta saringan mamogram secara percuma turut dilaksanakan sebagai program jangkauan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI