fbpx

United raih tiga mata berharga Liga Europa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TOMINAY meraikan jaringan kemenangan bersama rakan-rakan sepasukan ketika membantu United menewaskan Omonia Nicosia 1-0 pada Liga Europa di Stadium Old Trafford awal pagi semalam. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag memuji prestasi yang dipamerkan oleh pasukannya meskipun terpaksa bermandi peluh untuk menewaskan Omonia Nicosia 1-0 pada perlawanan Liga Europa di Stadium Old Trafford awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, The Red Devils telah melakukan 34 sepakan ke arah gol tetapi hanya dapat menjaringkan gol pada masa kecederaan hasil ledakan Scott McTominay dengan penjaga gol lawan mempamerkan aksi cemerlang.

Kata Ten Hag, semangat juang tinggi yang dipamerkan oleh barisan pemain untuk mengutip tiga mata berharga wajar dipuji tetapi dalam masa sedikit terkilan dengan jentera serangan yang tumpul.

“Saya lihat barisan pemain tidak mahu perlawanan ini berakhir dengan keputusan seri dan berusaha mencari gol sehingga melakukan 34 serangan ke atas kubu lawan. Namun, kita terpaksa menunggu jaringan yang hanya tiba pada masa kecederaan.

“Justeru, saya tidak mahu barisan pemain berpuas hati kerana anda perlu menyudahkan setiap peluang terhidang jika mahu mencatatkan kemenangan. Pada aksi kali ini, jentera serangan agak tumpul sedangkan kita boleh merekodkan keputusan 3-0 atau 4-0,” katanya.

Sementara itu, penjaga gol United, David De Gea memuji prestasi yang dipamerkan oleh penjaga gawang Nicosia, Francis Uzoho selepas berjaya menepis beberapa percubaan bahaya dilakukan barisan penyerang diketuai Marcus Rashord dan Cristiano Ronaldo

“Apa yang dilakukan oleh Uzoho wajar dipuji kerana menafikan hampir lapan ke 10 percubaan atau peluang keemasan pasukan. Dia adalah penjaga gol yang bagus dan saya ucapkan selamat maju jaya kepadanya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI