fbpx

Semangat juang Liverpool memuncak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROBERTSON percaya Liverpool memerlukan keyakinan tinggi untuk menewaskan City pada aksi EPL di Stadium Anfield malam esok. – AFP

LIVERPOOL – Pertahanan kiri Liverpool, Andy Robertson melahirkan harapan bahawa kemenangan 7-1 ke atas Rangers pada aksi Liga Juara-Juara kelmarin menjadi titik kebangkitan mereka selepas ini.

Kemenangan itu sememang­nya memberikan semula keyakinan kepada barisan pemain The Reds selepas mereka mengharungi kempen mengecewakan pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Apa tidaknya, Liverpool kini menghuni tangga ke-10 selepas lapan aksi EPL dan ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu, Arsenal yang menang 3-2 ke atas mereka minggu lalu.

Tugas lebih sukar menanti skuad bimbingan Jurgen Klopp apabila bakal bertemu juara bertahan, Manchester City untuk aksi seterusnya di Anfield malam esok.

Bagaimanapun, Robertson yang kembali membuat penampilan pertama selepas berehat lama kerana kecederaan buku lali, percaya Liverpool memerlukan keyakinan tinggi untuk menewaskan City.

“Kami perlu mendapatkan kembali prestasi sebenar. Itulah kekurangan kami pada musim ini. Kami perlu bermain dengan intensiti tinggi.

“City adalah pasukan yang hebat dan mereka berada pada prestasi terbaik ketika ini. Sukar untuk bermain menentang mereka tetapi kami juga berada pada tahap terbaik,” katanya.

Kem Liverpool pastinya gembira apabila penyerang utama­nya, Mohamed Salah kembali menemui sentuhan penyudah tajamnya selepas meledak hatrik dalam tempoh enam minit ketika menewaskan Rangers. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI