BERLIN – Anak saudara Michael Schumacher, David Schumacher mengalami patah tulang belakang selepas terlibat dalam kemalangan ngeri pada perlumbaan DTM (Deutsche Tourenwagen Masters) di Hockenheim, Jerman kelmarin.
Kemalangan tersebut melibat tiga pemandu dengan menyaksikan enjin kereta tercabut dan berlaku kebakaran, bagaimanapun tiada kecederaan serius dilaporkan sejurus insiden tersebut.
Bagaimanapun, David, 20, mengadu rasa tidak selesa selepas kemalangan tragis tersebut dan pemeriksaan yang dilakukan mendapati dia mengalami patah tulang belakang.
Pelumba pasukan SSR Porsche, Dennis Olsen yang paling teruk terlibat dalam kemalangan terbabit turut tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
“Apabila David pulang ke rumah, dia masih mengadu tentang rasa sakit belakang. Kami kemudian memutuskan untuk pergi ke hospital di Salzburg untuk menjalani imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI).
“Ternyata tulang belakang dia patah. Menurut pakar, David akan berehat sekitar enam minggu. Selepas itu kita akan lihat bagaimana,” kata ayah David, Michael Ralf.
Pada saingan tersebut, David dan Thomas Preining bersaing untuk merebut posisi sebelum kedua-dua pelumba itu gagal mengawal kenderaan lalu menghentam penghadang keselematan pada kelajuan tinggi di selekoh 8.
Komponen enjin tercabut dan sebahagian kenderaan itu terbakar. Semua pemandu dapat melarikan diri.
– AGENSI