fbpx

21 kawasan Sungai Besar terjejas bekalan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SABAK BERNAM – Sebanyak 21 kawasan di Sungai Besar mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan insiden paip pecah di Jambatan Parit Changkat, Peket 20, Sungai Haji Dorani, di sini, hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan penutupan sementara bekalan air dilakukan bagi kerja pembaikan pukul 4.09 petang tadi.

“Lokasi terjejas itu meliputi Parit 9 hingga 15, Tali Air 9 hingga 13, Peket 100, Peket 60, Peket 20, Parit Changkat dan Pekan Pasir Panjang.

“Turut terjejas adalah Batu 23, Kampung Sungai Nipah Simpang 5, Sebelah Laut dan Sebelah Sawah-Ban Cannal,” katanya hari ini.

Menurut Air Selangor, proses kerja pembaikan masih sedang giat dilaksanakan.

“Status terkini akan dimaklumkan dan sasaran awal kerja disiapkan pukul 3.30 pagi esok,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan bantuan kecemasan boleh menghubungi Air Selangor di talian 15300. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI