fbpx

Jokowi beri bayangan rombak kabinet dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jokowi enggan mendedahkan tarikh sebenar untuk melakukan rombakan dan jawatan menteri yang terlibat. - VOI

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi tidak menolak akan berlaku rombakan Kabinet Indonesia Maju dalam masa terdekat, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Isu rombakan ini mula muncul selepas Parti NasDem secara rasmi mengisytiharkan Gabenor Jakarta, Anies Baswedans sebagai calon presiden pada pemilihan presiden 2024.

Jokowi juga berkata akan sentiasa ada perancangan berkaitan rombakan kabinet namun pelaksanaannya akan diputuskan kemudian.

Bagaimanapun, Jokowi enggan menjelaskan bila dan siapa menteri dalam Kabinet Indonesia Maju akan disingkirkan termasuk siapa penggantinya.

“Perancangan itu selalu ada. Pelaksanaannya akan diputuskan kemudian,” kata Jokowi.

Sebagai makluman, terdapat tiga ahli parti NasDem yang kini menduduki kerusi menteri termasuk Setiausaha Agung Parti NasDem, Johnny G Plate yang berkhidmat sebagai Menteri Perhubungan dan Penerangan.

Selain itu, Siti Nurbaya Bakar yang berkhidmat sebagai Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan bersama Syahrul Yasin Limpo yang berkhidmat sebagai Menteri Pertanian.

Jhonny menegaskan walaupun NasDem kini telah mengisytiharkan Anies Baswedan sebagai calon presiden, NasDem akan terus menyokong kerajaan Jokowi sehingga tamat penggalnya pada 2024.

Menurut Jhonny, sokongan ini perlu dilaksanakan oleh NasDem sebagai bentuk tanggungjawab dan konsistensi parti gabungan pemerintahan Kabinet Indonesia Maju.

“Rombakan penuh kabinet adalah hak prerogatif presiden.

“Selain itu, kuasa merombak kabinet juga telah dijamin oleh perlembagaan, jadi ia perlu sentiasa dihormati,” kata Johny. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI