fbpx

EU kecewa masih banyak negara enggan sokong resolusi kutuk Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Borrell berasakan jumlah 20 peratus negara yang memilih untuk tidak mengundi adalah satu angka besar. - CDE

BRUSSELS – Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell meluahkan kekecewaan kerana masih banyak negara enggan menyokong resolusi terbaharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor laman berita RT kelmarin.

Resolusi itu bertujuan menyokong usul tidak mengiktiraf referendum bagi menyertai Russia oleh  empat wilayah Ukraine yang dirampas Moscow iaitu Republik Rakyat Donetsk,  Lugansk,  Zaporozhye dan Kherson.

Bercakap di Akademi Diplomatik Eropah, Borrell berkata, beliau gembira kerana resolusi itu mendapat sokongan majoriti selepas 143 negara dalam Perhimpunan Agung PBB memilih menyokongnya.   Hanya lima negara termasuk Rusia, mengundi menentang resolusi PBB tersebut.

“Keputusan pengundian ini melibatkan kerja keras ba­nyak pihak kerana kami me­nyasarkan untuk mendapatkan  sokongan lebih 140 negara.

“Namun begitu, apa yang membimbangkan adalah baki 45 negara lain termasuk India, China, Thailand, Cuba dan Afrika Selatan memilih untuk berkecuali,” jelas Borrell.

Menurut beliau, jumlah negara yang mengambil sikap tidak menyokong atau menentang itu mencecah 20 peratus dan dianggap angka yang besar.

Borrell menegaskan bahawa lebih banyak kerja keras perlu dilakukan untuk meyakinkan lebih banyak negara supaya  mengutuk Rusia dan membuat dunia menolak kempen ketenteraan Moscow terhadap Ukraine. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI