fbpx

Joe Biden tidak ingin bertemu Vladimir Putin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biden dan Putin bergambar ketika pertemuan di Moscow pada Mac 2011. - AFP

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memaklumkan bahawa beliau hanya  akan bertemu Vladimir Putin sekiranya pe­mimpin Rusia itu mengusulkan dahulu pertemuan tersebut, lapor laman berita RT kelmarin.

Perkara itu dinyatakan menjelang sidang negara kumpulan  20 (G20) di Pulau Bali, Indonesia yang akan turut dihadiri oleh  Putin,  November ini.

Bercakap kepada stesen penyiaran CNN, Biden me­nyentuh pelbagai isu yang menggugat hubungan Russia-AS dan me­ngutuk ancaman Putin untuk menggunakan senjata nuklear dalam konflik ketenteraan dengan Ukraine.

Ketika ditanya sama ada beliau bersedia untuk bertemu pemimpin Russia itu pada sidang kemuncak G20 di Indonesia, Biden berkata, pertemuan mereka hanya akan berlaku jika ada permintaan awal daripada Moscow.

“Beginilah, saya tidak berhasrat untuk bertemu dengannya (Putin).

“Bagaimanapun , jika beliau datang kepada saya di G20 dan berkata ‘saya mahu bercakap tentang pembebasan Brittney Griner,’ saya akan berjumpa dengannya. Maksud saya, kesu­dian dan kesediaan itu bergantung kepada keadaan pada waktu itu,” ujar Biden.

Brittney Griner ialah bintang Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan Wanita dan pemenang pingat emas Olimpik yang ditahan di lapangan terbang Moscow pada Februari lalu ke­rana memiliki kartrij vape yang diisi dengan minyak ganja.

Griner mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh sebuah mahkamah Russia pada 4 Ogos lalu.

Biden seterusnya menyatakan bahawa beliau dan ‘pihak lain’ tidak bersedia untuk berunding dengan Russia tentang apa-apa berkaitan dengan Ukraine dan oleh itu, pertemuan mereka  akan bergantung kepada agenda yang  ingin di­bincangkan oleh Putin.

“Putin bertindak kejam. Saya fikir beliau melakukan jenayah perang. Jadi, saya tidak nampak sebarang rasional untuk berjumpa atau berunding dengannya sekarang,” tambah pemimpin AS itu.

Biden dan Putin berhenti berkomunikasi secara langsung sejak sebelum Russia melancarkan operasi ketenteraannya di Ukraine, akhir Februari lalu.

Menteri Luar Russia, Sergey Lavrov sebelum ini berkata bahawa Kremlin akan mempertimbangkan mesyuarat Putin-Biden tetapi masih belum menerima sebarang cadangan mengenainya daripada Wa­shington. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI