fbpx

Ribut petir di 8 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di lapan negeri petang ini.

MetMalaysia dalam hantaran di Facebooknya berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang di negeri Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak sehingga pukul 7 malam ini.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Perak melibatkan daerah Kinta, Kampar dan Batang Padang.

“Sementara itu, cuaca sama diramalkan akan melanda Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan,” katanya di sini hari ini.

Selain itu katanya, cuaca buruk itu juga akan melanda seluruh negeri Terengganu selain beberapa daerah di Pahang seperti Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera dan Rompin.

“Di Selangor pula, amaran ribut petir dikeluarkan bagi daerah Hulu Langat.

“Keadaan itu juga boleh berlaku di seluruh Negeri Sembilan sementara di Johor pula melibatkan kawasan Segamat, Kluang dan Mersing,” ujarnya.

MetMalaysia berkata, amaran ribut petir turut dikeluarkan untuk beberapa daerah di Sarawak seperti Kuching (Bau dan Kuching), Serian dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI