fbpx

Semak wang tidak dituntut, hanya ada RM88 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Orang ramai boleh membuat semakan Wang Tak Dituntut (WTD) dengan mudah melalui sistem dalam talian Jabatan Akauntan Negara menerusi sistem eGUMIS.

Perkara itu dikongsi oleh seorang pengguna Twitter bernama Rebel@AinulNunanaa yang memberitahu, hasil semakan, dia memiliki sebanyak RM88 wang yang tidak dituntut.

“Kalau nak ambik, mudah sahaja, cuma masukkan bank akaun dan hantar dokumen yang diminta,” katanya yang juga seorang usahawan.

Menurutnya, bagi pengguna kali pertama, mereka dikehendaki untuk mendaftar terlebih dahulu dan kemudian log masuk seperti biasa dengan memasukkan nama pengguna serta kata laluan yang telah didaftarkan.

Setelah proses tersebut, klik petak ungu dan masukkan nombor MyKad sebelum klik bahagian carian.

“Jika anda tengok ada duit, anda boleh ‘claim’ duit tersebut. Cuma masukkan sahaja nombor akaun dan selepas itu, tunggu duit masuk dalam akaun. Had carian dua kali sahaja,” tambahnya.

Menurutnya lagi, sebelum sistem tersebut memproses tuntutan tersebut, MyKad bahagian depan dan belakang serta penyata akaun perlu dimuat naik bagi tujuan pengesahan.

“Ada orang tanya kena muat turun dokumen ke? Yes, kena.” katanya menerusi perkongsian tersebut.

WTD boleh disemak menggunakan nombor MyKad bagi pengguna individu atau nombor kad pengenalan syarikat bagi pengguna syarikat.

Sistem eGUMIS yang dilancarkan secara rasmi telah membolehkan penggunanya mengakses WTD sejak 1 Januari 2020. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI