fbpx

Ahli geng Sunda Piang aktif curi motosikal dipenjara empat tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang ahli geng Sunda Piang yang aktif mencuri motosikal di sekitar daerah ini dijatuhkan hukuman penjara empat tahun di Mahkamah Majistret Kuala Pilah, di sini, hari ini. - FOTO/ NOR AINNA HAMZAH

KUALA PILAH – Seorang ahli geng Sunda Piang yang aktif mencuri motosikal di sekitar daerah ini dijatuhkan hukuman penjara empat tahun di Mahkamah Majistret Kuala Pilah, di sini, hari ini.

Tertuduh, Muhammad Deri, 30, membuat pengakuan berkenaan selepas enam pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Saiful Sayoti.

Berdasarkan kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri enam buah motosikal jenis Honda dan Modenass Kriss di sekitar kawasan Kuala Pilah antara 20 Jun hingga 16 September tahun ini.

Perbuatan itu dilakukan sekitar jam 4.30 pagi hingga 10 pagi di enam lokasi berasingan di kediaman rumah penduduk setempat melibatkan Kampung Kepis Tengah,Johol; Kampung Malan,Dangi; Kampung Dingkir Inas,Johol; Kampung Simat,Johol ; Kampung Terusan Dalam,Kuala Pilah; dan Kampung Sikota,Air Mawang.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman keatasnya dijalankan serentak selain perlu menanggung ibu dan anaknya di Indonesia.

Sementara itu, di mahkamah sama, empat rakan tertuduh dikenakan hukuman penjara tujuh bulan selepas didapati bersalah tinggal di negara ini menggunakan Pas Lawatan Sosial tamat tempoh.

Mereka merupakan Rasid, 27, Irpan Hakim, 27 , Saepudin, 26 dan Jasman, 30.

Manakala seorang lagi rakan tertuduh Sukardi, 24 dikenakan hukuman penjara tujuh bulan dan dua sebatan selepas mengaku bersalah tinggal di negara ini tanpa dokumen yang sah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI