fbpx

Mahkamah: Jurutera JKR didakwa sekali lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izwan ( depan) ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Seorang jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menerima suapan RM20,000 berhubung Projek Penyelenggaraan Cerun di Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Semenanjung Malaysia, dua tahun lalu.

Tertuduh, Izwan Mahsuri, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut pertuduhan, Izwan sebagai Jurutera Awam Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR telah menerima wang berjumlah RM20,000 untuk diri sendiri daripada seorang lelaki berusia 35 tahun.

Pindahan menerusi pindahan wang atas talian dari akaun milik Uji Teguh Resources ke akaun milik SBR Consultant dengan tanpa balasan yang mana Izwan mengetahui lelaki tersebut mempunyai hubungan kerja-kerja rasmi tertuduh berhubung Projek Penyelenggaraan Cerun di Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Semenanjung Malaysia.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah cawangan bank tempatan di Gombak pada 14 Disember 2020.

Sabit kesalahan boleh penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nurul Atiqah Mohamad Alias manakala Peguam Hamdan Hamzah mewakili tertuduh.

Mahkamah membenarkan ikat jamin berjumlah keseluruhan RM35,000 yang ditetapkan di dua Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur digunapakai untuk kes pertuduhan ini dengan syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya setiap bulan.

Rozilah turut membenarkan perbicaraan kes ini bersekali dengan kes di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Sebutan semula kes pada 9 November.

Kosmo! pada 28 Jun lalu melaporkan Izwan didakwa lima pertuduhan bernilai keseluruhan RM220,000 iaitu melibatkan mencadangkan pelantikan Syarikat Lega Kiara Enterprise sebagai sub kontraktor kepada Pintas Utama Sdn. Bhd.

Selain itu, telah secara rasuah meminta satu suapan iaitu tujuh peratus daripada nilai kerja-kerja Projek penyelenggaraan Cerun bagi Jalan persekutuan dan Jalan Negeri Semenanjung Malaysia .- KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI