fbpx

Azira Shafinaz lali diasak soal cinta, anggap doa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIRA SHAFINAZ

KUALA LUMPUR – “Ada masa memang rasa rimas tetapi saya sudah lali. Jawapan pun seperti sudah ada skrip.”

Itu yang disuarakan pelakon yang juga penyanyi popular Azira Shafinaz apabila dirinya sering diasak tentang soal cinta dan jodoh sejak kebelakangan ini.

Tidak sesekali melenting atau menepis daripada bercakap soal hati dan perasaab, wanita berusia 31 tahun itu sebaliknya cukup sedar statusnya sebagai seorang selebriti yang tidak dapat lari daripada persoalan cinta atau jodoh.

“Jujurnya memang ada masa memang rasa rimas tetapi untuk waktu sekarang sudah lali, seperti ada skrip bagi menjawabnya.

“Semua tanya hal sama tetapi saya faham, saya seorang selebriti dan umur sekarang pun memang antara faktor yang mengundang soalan tersebut,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Pelakon drama Seribu Rindu itu juga berpendapat, faktor lain seperti bersih daripada kontroversi menjatuhkan turut mengundang pertanyaan tentang jodoh terhadap dirinya.

“Alhamdulillah saya tidak terpalit dengan apa-apa kontroversi yang orang boleh tanya. Saya okey sahaja dengan semua ini, tidak rasa semak pun.

“Seperti satu doa juga bila kerap diasak perihal jodoh,” ujarnya yang ditemui pada majlis pelancaran drama terbaharu lakonannya, Ijab Kabut terbitan Viu di Hotel Royal Chulan di sini.

Pernah melalui fasa putus cinta dengan seorang ahli perniagaan, dia juga dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan aktor duda hangat, Sharnaaz Ahmad sekitar dua tahun lalu.

Namun menurut pemilik nama penuh Azira Shafinaz Ramlan itu, hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar rakan baik dalam industri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI