fbpx

Buruh disyaki edar heroin direman lima hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razlam (tengah) menunjukkan dadah jenis heroin yang dirampas di Matang pada awal pagi semalam. - Foto WAT KAMAL ABAS

TAIPING – Seorang buruh direman selama lima hari kerana disyaki mengedar dadah jenis heroin di kawasan Kuala Sepetang dan Batu Kurau di sini sejak Febuari lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid berkata, berdasarkan maklumat awam, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Taiping telah membuat serbuan di sebuah rumah di Matang, Kuala Sepetang kira-kira pukul 1.30 pagi semalam.

“Ketika serbuan, suspek yang berusia 51 tahun dan masih bujang tidak sempat melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah tersebut telah menjumpai tiga beg plastik berisi 59 peket plastik lut sinar dadah jenis heroin dengan anggaran berat 2.549 kilogram,” katanya pada sidang akhbar di IPD Taiping di sini hari ini.

Menurut Razlam, polis telah menyita wang tunai nilai berjumlah RM2,709 disyaki hasil jualan dadah, sebuah kereta jenis Proton Saga BLM. Nilai kesuluruhan rampasan kira-kira RM88,470. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI