fbpx

Tempoh reman suspek kes bunuh Datin disambung tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Tempoh reman suspek utama dalam kejadian seorang wanita bergelar Datin yang ditemui mati akibat dibunuh di rumahnya di Taman Paroi Jaya di sini, 23 September lalu disambung tujuh hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, permohonan perintah lanjutan penahanan reman ke atas suspek lelaki berusia 45 tahun itu di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Permohonan tahanan reman ke atas Orang Yang Disiasat (OYDS) diluluskan selama tujuh hari bermula 15 Oktober (hari ini) hingga 21 Oktober depan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan selepas dua minggu diburu suspek utama dalam kejadian seorang wanita bergelar Datin yang ditemui mati akibat dibunuh di rumahnya di Taman Paroi Jaya di sini, 23 September lalu akhirnya berjaya ditahan polis.

Suapek lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di pondok tepi jalan Batu 4 Jalan Port Dickson – Teluk Kemang, Port Dickson pada pukul 1 tengah hari, 8 Oktober lalu.

Pada 23 September lalu, seorang wanita warga emas bergelar datin berusia 75 tahun ditemui mati akibat dibunuh selepas berlaku pergelutan dengan penjenayah di rumahnya di Taman Paroi Jaya di sini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI