fbpx

‘Pak Arab’ sedia berbelanja besar untuk lonjak Newcastle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELAB Newcastle akan kekal berbelanja dan akan memanfaatkan pengaruh PIF untuk mendapatkan lebih banyak tajaan.

LONDON – Pemilik Newcastle United dari Arab Saudi sudah menyatakan kesediaan kelab itu untuk menyalurkan hasil tajaan kepada Eddie Howe untuk pe­ngurus itu merangka perancangan dalam usaha memperkuatkan pasukan.

Ketua Eksekutif Newcastle United, Darren Eales sudah menjelaskan yang kelab itu akan kekal berbelanja dan akan memanfaatkan pengaruh Public Investment Fund (PIF) untuk mendapatkan lebih banyak tajaan.

Eales kini sedang berusaha untuk meningkatkan perolehan kelab bagi membolehkan kekal berbelanja mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Kami perlu bawa pendapatan komersial bagi membolehkan Eddie menjadikan pasukan ini yang terbaik. Sudah tentu PIF mungkin akan membawa penaja kerana mereka ada pengaruh untuk membuka pintu penaja untuk datang ke Newcastle.

“Mereka melabur di seluruh dunia. Arab Saudi memiliki populasi muda dan bola sepak menjadi sukan nombor satu, jadi sudah pasti ia akan berikan nilai buat Newcastle.

“Apa pun kami berdepan beberapa masalah kerana kami bukanlah seperti Manchester City atau pun Chelsea. Kami tidak boleh berbelanja begitu saja kerana bola sepak juga ada peraturannya dan kami akan lakukan satu persatu,” katanya.

Antara cara yang sedang dipertimbangkan adalah dengan melakukan penjenamaan semu­la St James’ Park dengan nama penaja, namun langkah itu hanya jika kelab mendapat persetujuan daripada penyokong.

Newcastle sebelum ini pernah dikaitkan dengan bintang Leicester City, James Maddison dan pemain Bayer Leverkusen, Moussa Diaby. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI