fbpx

Arteta tepis kritikan liar Aubameyang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARTETA mempertahankan tindakannya menyisihkan Aubameyang daripada skuad Arsenal dan menepis kritikan daripada bekas kapten The Gunners. – AFP

LONDON – Pengendali Arsenal, Mikel Arteta akhirnya buka mulut untuk menepis kritikan daripada bekas kapten The Gunners, Pierre-Emerick Aubameyang yang mendakwa beliau seorang pengurus yang gagal.

Malah, pengurus dari Se­panyol tersebut juga memper­tahankan tindakannya menyi­sihkan Aubameyang da­ripada skuad Arsenal dan bertegas, skuad kali ini memiliki sikap baik apabila kekal beker­ja keras untuk mengha­dirkan keputusan cemerlang.

“Semua orang bebas untuk bercakap apa saja yang mereka mahukan, namun saya tidak pernah berada di bilik persalinan yang lebih baik daripada apa kami harungi sekarang.

“Pasukan ini lebih menye­ronokkan, lebih bekerja keras, malah hubungan antara pemain dan kakitangan kelab juga cukup baik.

“Sudah pasti ia beri keseronokan kepada saya untuk jadi sebahagian daripada pasukan ini,” katanya.

Sebelum ini, Arsenal pernah bertindak tegas dengan menarik semula lilitan kapten daripada Aubameyang dan pemain antarabangsa Gabon itu akhirnya menyertai Barcelona pada Februari lalu.

Namun, Aubameyang hanya mampu bertahan tujuh bulan di Camp Nou sebelum kembali ke Liga Perdana Inggeris dengan menyertai satu lagi kelab dari London, Chelsea dan kini sudah berjaya meledak beberapa jaringan.

Bagaimanapun, sejak kembali ke Liga Perdana Inggeris, Aubameyang sudah pun cipta ‘gimik’ selepas melabel Arteta seorang pengurus yang gagal menguruskan pemain bernama besar dan lebih gemar berurusan dengan pemain muda.
–AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI