fbpx

Kes cacar monyet lebih 70,000 – WHO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pesakit menunjukkan lepuh pada tapak tangannya akibat jangkitan cacar monyet – AFP

GENEVA – Jumlah kes cacar monyet di seluruh dunia kini melebihi 70,000 kes, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  kelmarin dan memberi amaran bahawa penurunan kes baharu tidak bermakna orang ramai boleh leka.

WHO berkata, bilangan kes di beberapa negara di Benua Amerika semakin meningkat pada minggu lalu. Menurutnya, situasi tersebut adalah masa ‘paling berbahaya’ dalam usaha menangani wabak cacar monyet.

Ketua Pengarah WHO, Dr.  Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, lebih 70,000 kes telah dilaporkan kepada agensi kesihatan PBB berke­naan  tahun ini bersama 26 kematian.

“Secara global, kes terus menurun, namun  21 negara pada minggu lalu melaporkan peningkatan jangkitan cacar monyet dengan kebanyakannya di Benua Amerika. Rantau berkenaan menyumbang hampir 90 peratus daripada keseluruhan kes cacar mo­nyet dilaporkan minggu lalu.

“Wabak yang semakin berkurangan boleh menjadi wabak paling berbahaya, kerana ia ‘menggoda’  kita untuk berfikir bahawa krisis  tersebut  sudah  berakhir,” kata Tedros pada sidang akhbar di Geneva.

Menurutnya, WHO sedang bekerjasama dengan negara-negara di dunia  untuk meningkatkan kapasiti ujian dan memantau trend jangkitan cacar monyet .

“Kami bimbang tentang laporan peningkatan kes di Sudan, termasuk di kem-kem pelarian dekat  sempadan  Ethiopia.

“Seperti Covid-19, cacar monyet kekal sebagai darurat  kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan masyarakat  antarabangsa, manakala WHO akan terus memperlakukannya sedemikian,” tambah Tedros.

Peningkatan jangkitan cacar monyet dilaporkan sejak awal Mei lalu dalam kalangan lelaki yang melakukan hubungan sejenis di luar negara Benua Afrika iaitu lokasi ia sudah lama menjadi endemik.

Lebih daripada 42,000 kes kini dilaporkan di rantau Amerika dan hampir 25,000 lagi di Eropah.

10 negara dengan jumlah kes tertinggi ialah: Amerika Syarikat (26,723); Brazil (8,147); Sepanyol (7,209); Perancis (4,043); Britain (3,654); Jerman (3,640); Peru (2,587); Colombia (2,453); Mexico (1,968); dan Kanada (1,400). – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI