fbpx

Wanita terlupa keluarkan 23 kanta lekap dari mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kurteeva berjaya mengeluarkan 23 kanta lekap dari mata seorang pesakitnya. – Instagram

CALIFORNIA – Seorang pakar oftalmologi di California, mengejutkan netizen baru-baru ini apabila berkongsi  klip video dia mengeluarkan 23 kanta lekap yang tertinggal dalam kelopak mata seorang wanita, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Dr. Katerina Kurteeva berkongsi paparan video tersebut di laman Instagram. Ia me­nunjukkan kanta-kanta lekap dikeluarkan daripada  mata seorang warga emas yang dikatakan ‘terlupa’ mengeluarkannya selama sebulan.

Berdasarkan rakaman tersebut, Kurteeva menggunakan putik kapas untuk mengeluarkan kanta-kanta  lekap itu dengan ada antaranya bertukar warna menjadi hijau kerana berada di dalam kelopak mata pesakit untuk tempoh lama.

“Saya mengeluarkan semua kanta lekap dengan penuh berhati-hati dan jumlahnya ialah 23.

“Saya terpaksa menggunakan peralatan pembedahan dan forsep untuk mengasingkan semua kanta lekap tersebut.

“Kesemua kanta lekap ini melekat bersama selepas berada dalam kelopak mata selama sebulan,” demikian menurut kenya­taan Kurteeva.

Kebanyakan pengguna media sosial terkejut melihat video itu kerana hairan bagaimana seseorang boleh hidup secara normal tanpa berasakan sesuatu yang aneh walaupun banyak kanta lekap berada di dalam kelopak matanya.

Menurut Kurteeva, pesakit wanita berkenaan sering terlupa menanggalkan kanta lekapnya sebelum masuk tidur dan terus menggunakan kanta baharu pada keesokan harinya.

“Sesuatu yang jarang berlaku apabila seseorang terlupa untuk mengeluarkan kanta lekap pada waktu malam dan keesokan harinya, dia memakai kanta lekap baharu.

“Ini berlaku selama  23 hari berturut-turut,” kata Kurteeva. – Agensi  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI