fbpx

Lelaki sanggup batal kahwin kerana enggan divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putra lebih rela memilih untuk ‘melepaskan’ kekasihnya supaya dia dapat berkahwin dengan jejaka lain daripada mendapatkan suntikan vaksinasi. – Getty Image

JAKARTA – Gara-gara enggan menerima suntikan vaksin Covid-19, seorang lelaki di  wilayah Sumatera Barat terpaksa membatalkan rancangan untuk berkahwin dengan teman wanitanya, lapor portal berita Wolipop semalam.

Berdasarkan perkongsian di laman Twitter, lelaki dikenali sebagai Putra itu berkata, dia dan bekas teman wanitanya bercinta selama dua tahun sebelum mereka berpisah hanya kerana dia enggan divaksin.

“Gara-gara tidak mahu divaksin, rancangan kami untuk berkahwin terpaksa dibatalkan walaupun sudah bercinta selama dua tahun. 

“Katanya (bekas kekasih), kalau tidak mahu divaksin, kami tidak boleh berkahwin. Selepas beberapa bulan berpisah, dia mengirim undangan perkahwinan,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Perkongsian Putra itu mendapat pelbagai reaksi netizen dengan ada yang menyokongnya, namun sebilangan lagi membantah tindakannya.

“Bagus anda tinggalkan bekas kekasih supaya dapat berkahwin dengan individu yang tidak mahu divaksin juga. Jadi, konflik dalaman rumah tangga dapat diminimumkan,” kata seorang netizen.

“Menurut pegawai kesihatan, vaksinasi itu wajar diambil dan ia merupakan perlindungan yang penting. Namun, nampaknya itu yang terbaik untuk kamu berdua kerana mempunyai prinsip berbeza,” ujar seorang lagi netizen.

Wolipop kemudian menghubungi Putra untuk bertanyakan hal tersebut. Menurut lelaki berusia 32 tahun itu, dia lebih rela memilih untuk ‘melepaskan’ kekasihnya supaya dia dapat berkahwin dengan jejaka lain.

“Ramai di luar sana yang tidak divaksin, namun mereka berada dalam keadaan baik sahaja dan sihat. 

“Pilihan untuk menerima vaksinasi atau tidak adalah hak setiap penduduk negara ini. Kita mempunyai Pancasila yang menjunjung tinggi keadilan untuk semua rakyat,” kata Putra. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI