fbpx

Harry Kane tingkat kesedaran kesihatan mental di Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE bekerjasama dengan pereka animasi untuk menghasilkan filem mengenai perjuangannya. - Good News Network

LONDON – Pemain bola sepak Inggeris, Harry Kane yang menjadi penjaring gol terkenal dalam sejarah moden, menggunakan popularitinya untuk membantu penduduk Britain menghapuskan stigma berhubung kesihatan mental, lapor laman berita Good News Network semalam.

Dia melancarkan Yayasan Harry Kane untuk membantu membiayai usaha kesihatan mental dengan tujuan melatih pesakit menjana pemikiran positif dan berdaya tahan terutamanya dalam kalangan belia.

Tekanan dan kebimbangan yang dialami pemain-pemain Pasukan Bola Sepak England tidak difahami oleh kebanyakan orang ramai. Pasukan itu menanggung penelitian yang paling keras oleh media sukan berbanding pasukan bola sepak kebangsaan kain. 

Sebelum Kane menyertai kelab Tottenham Hotspur, dia menghabiskan masa selama empat tahun dengan dipinjamkan kepada pasukan berlainan dalam divisyen bawahan.

Kane kadang kala tidak dapat bermain sepanjang musim. Dia berusaha meningkatkan prestasi dan akhirnya berjaya terpilih sebagai calon pertama dalam barisan pemain Tottenham semasa musim 2014-2015. Kane juga pernah memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik.

Berdasarkan pengalaman kebangkitannya, Kane menggunakan profil selebritinya untuk membiayai dan mempopularkan pertubuhan kesihatan mental seperti The Mix dan Mind. Kedua-dua organisasi itu banyak membantu golongan belia yang mengalami tekanan. 

Kerjasama Kane dengan agensi Charitable Trust pula mencipta daya tahan dan program pengajaran mengenai pemikiran positif untuk lebih 18,000 sekolah di seluruh Britain.

Dia turut bekerjasama dengan pereka animasi hebat untuk menghasilkan filem dalam menceritakan perjuangannya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI