fbpx

RM249 juta naik taraf Sunway Resort & Spa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sunway Group melabur sejumlah AS$60 juta (RM249.15 juta) untuk mentransformasikan Sunway Resort Hotel & Spa, dalam misi menjadi kompleks resort bersepadu terunggul di Asia dan hab pelanco­ngan serantau.

Dijadualkan dibuka secara berperingkat bermula Mac 2021, Sunway Resort Hotel & Spa akan menampilkan 478 bilik yang direka semula, lengkap dengan jenama restoran terkemuka, enam air terjun bertingkat, dua kolam renang dan kemudahan kesihatan.

Pengasas dan Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Jeffrey Cheah berkata, sudah tiba masanya transformasi tersebut dilak­sanakan.

“Kami perlu melangkah ke depan untuk menyambut ­ge­nerasi baharu pelancong dan ahli perniagaan sebagai satu perhotelan utama yang bersepadu dan destinasi hiburan yang setanding dengan destinasi terbaik di dunia.

“Kami percaya melalui falsafah dan visi ini kami dapat memberikan sumbangan positif kepada negara,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

 

 

Cheah menerangkan, kemudahan keluarga baharu, suite khusus, vila kolam renang, kunci menggunakan telefon pintar, sensor pergerakan dan bantuan pencahayaan untuk tidur antara pembaharuan yang bakal ditawarkan.

Jelasnya, ciri inovasi lain termasuklah ketika mendaftar masuk dan keluar, direktori hotel digital yang tidak memerlukan kertas, penggunaan penyaman udara jimat tenaga dan langsir pintar yang membantu mengatur suhu bilik serta panel suria.

Sunway Resort Hotel & Spa ­terletak di Sunway City Kuala Lumpur, pembangunan berin­tegrasi seluas 323 hektar dengan kluster tiga buah hotel, pusat persidangan, taman tema Sunway Lagoon, pusat beli-belah Sunway Pyramid, Sunway Medical Centre dan Sunway University.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI