fbpx

Keperluan mangsa banjir Terengganu selesai diagihkan hujung Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian makanan yang akan diagihkan bagi kegunaan penduduk Pulau Redang pada musim tengkujuh tidak lama lagi.

KUALA TERENGGANU – Proses agihan makanan dan keperluan asas ke pengkalan hadapan dan depoh seluruh Terengganu disasar selesai sepenuhnya pada hujung bulan ini.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri , Mazura Ngah Abdul Manan berkata, agihan berkenaan yang juga antara persiapan bagi menghadapi musim tengkujuh telah bermula sejak awal bulan ini.

Beliau berkata, pihaknya akan memastikan agihan makanan dan keperluan asas itu berjalan lancar mengikut jadual bagi membolehkan tumpuan seterusnya diberikan kepada 594 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri bermula awal bulan depan.

“Agihan makanan sudah selesai sepenuhnya namun beberapa barangan keperluan asas antaranya khemah dan selimut pula dijadual dihantar ke Pulau Perhentian, Besut dan Pulau Redang, Kuala Nerus pada minggu depan.

“Dalam perkembangan sama, seramai 296 petugas dan 10 kaunselor terlatih sudah sedia untuk bertugas sebaik bermulanya musibah banjir kelak,” katanya di Jeti Jabatan Laut Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditemui selepas memantau proses penghantaran bekalan makanan ke pengkalan hadapan Pulau Redang.

Sebanyak 4.6 tan stok makanan asas seperti beras, sardin, gula dan makanan kering yang boleh memenuhi keperluan untuk seminggu telah dihantar ke pulau peranginan terkenal itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI