fbpx

Pegawai tinggi kerajaan buat tuntutan palsu makanan haiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pegawai tinggi sebuah jabatan kerajaan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu untuk prosiding reman. - IHSAN SPRM

KOTA BHARU – Seorang pegawai tinggi sebuah jabatan kerajaan dan seorang lagi bekas pegawai kanan di jabatan sama di Kelantan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu bagi pembekalan makanan haiwan.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Tuan Mohd. Izdham Naim Che Ani di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Katanta, seorang individu yang berusia 44 tahun itu ditahan kira-kira pukul 8.45 malam tadi di pejabat SPRM Kelantan di sini.

“Lelaki itu direman bermula hari ini sehingga Rabu depan untuk siasatan lanjut.

“Bekas pegawai kanan terbabit pula ditahan pada pukul 7 malam kelmarin di pejabat SPRM Kelantan. Perintah reman terhadapnya bermula semalam sehingga Khamis depan,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua lelaki itu ditahan selepas disyaki berpakat dengan pembekal bagi mengemukakan tuntutan yang mengandungi butiran matan palsu berhubung pembekalan makanan haiwan kepada sebuah jabatan di Kelantan pada Januari dan Mac lalu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana membuat tuntutan palsu – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI