fbpx

Tempahan Honda Civic e:HEV RS kini dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Honda Civic e:HEV RS

PETALING JAYA – Honda Malaysia kini mengumumkan tempahan varian terbaru e:HEV RS untuk model Civic kini dibuka.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hironobu Yoshimura, varian terbaharu sedan segmen C itu menggunakan enjin 2.0 liter e:HEV dan transmisi Electric Continuously Variable Transmission (e-CVT).

Katanya, kombinasi itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 184PS manakala tork tertinggi pula 315Nm.

“Civic generasi kesebelas yang dilancarkan pada awal tahun ini telah dijual sebanyak 6,000 unit sehingga September lalu.

“Bagi mengukuhkan lagi kedudukan Civic dalam pasaran kami teruja untuk memperkenalkan varian baharu dengan enjin 2.0 liter e:HEV.,” katanya.

Tambahnya, model e:HEV RS menjanjikan pemanduan yang menggembirakan dengan gaya yang elegan.

“Kami juga percaya bahawa dengan pengenalan varian yang menarik ini kerana ia akan mengujakan pelanggan kami,” tambahnya.

Antara ciri-ciri menarik pada model itu ialah kad kunci yang diperkenalkan untuk fungsi masuk dan mulakan pemanduan.

Ciri-ciri itu merupakan yang pertama ditawarkan secara eksklusif untuk model itu dalam kelasnya.

Pelanggan boleh melayari laman web prebook.honda.com.my atau muat turun aplikasi HondaTouch di telefon pintar untuk membuat tempahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI