fbpx

Wanita didenda RM8,000, jual peralatan komunikasi tidak diperakui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hui Yee (kiri) diiringi pegawai SKMM selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang pengarah sebuah syarikat barangan elektronik didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan menjual kelengkapan komunikasi tidak diperakui dua tahun lalu.

Hakim Nariman Badruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap orang kena saman (OKS) Chong Hui Yee, 38, yang mengaku bersalah sejurus dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, tertuduh dan syarikatnya, Leader Electronic & Electrical Trading Sdn. Bhd. didapati telah melakukan kesalahan menjual kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui iaitu satu unit Audio Video Sender jenama HUIYISHUN model YS-100.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 12 tengah hari di No. 60, Jalan Kota Laksamana 4, Taman Kota Laksamana pada 4 September 2020.

Bagi kesalahan itu, OKS didakwa mengikut Peraturan 16(1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 yang dibaca bersama Peraturan 16(3) Peraturan-Peraturan yang sama dan Seksyen 244 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

Sabit kesalahan, OKS boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

Terdahulu, Hui Yee yang tidak diwakili peguam merayu agar dikenakan hukuman ringan dengan alasan peralatan itu tidak mencatatkan jualan tinggi dan syarikatnya mengalami kerugian berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Mai Zairani Zainal Abidin bagaimanapun memohon hukuman setimpal dikenakan dengan mengambil kira kesalahan lazim yang dilakukan selain alat terbabit boleh mengganggu frekuensi radio pengguna lain.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM4,000 atau penjara empat bulan jika gagal bayar bagi setiap pertuduhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI