fbpx

Barcelona tidak serius – Wijnaldum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WIJNALDUM dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona selepas kelab itu dibimbing oleh Koeman ketika ini. – AFP

LIVERPOOL – Pemain tengah Liverpool, Georginio Wijnaldum mendedahkan bahawa spekulasi perpindahannya ke Barcelona adalah sekadar khabar angin apabila kelab gergasi La Liga berkenaan tidak pernah tampil dengan tawaran yang terbaik.

Pemain antarabangsa Belanda itu kuat dikaitkan de­ngan perpindahan ke Camp Nou sejak beberapa bulan lalu selepas Ronald Koeman mengambil alih tugas membimbing The Catalan.

Wijnaldum berada pada tahun terakhir kontraknya di Liverpool dan masih belum ada tawaran daripada pasukan itu untuk melanjutkan kontrak­nya.

“Saya tidak fikir ia suatu yang serius (perpindahan ke Barcelona). Tidak ada suatu yang benar-benar kukuh da­tang dari Barcelona.

“Saya akan terus kekal di sini. Kontrak saya hanya berbaki 10 bulan sahaja lagi tetapi apa-apa boleh berubah kerana dalam bola sepak tiada yang mustahil. Kita tunggu dan lihat,” katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp me­ngakui beliau tidak terkesan dengan spekulasi perpindahan berkenaan biarpun sehingga kini kononnya masih terdapat perbincangan untuk membawa Wijnaldum keluar dari Anfield.

“Saya tidak bercakap me­ngenai masa depan pemain sejak beberapa tahun lalu tetapi segala-galanya dalam keadaan baik.

“Semuanya masih berjalan seperti biasa. Antara saya, Wijnaldum dan kelab ini, tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana kami bekerja seperti biasa,” jelasnya.

Wijnaldum menjadi antara tonggak penting Liverpool selepas berhijrah dari Newcastle pada 2016 apabila membuat 192 penampilan dengan membantu kelab itu menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim lalu serta merangkul Liga Juara-Juara sebelum ini.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI