fbpx

Penunggang motosikal maut rempuh jentera pembajak sawah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa setelah motosikalnya merempuh jentera pembajak di Kampung Tebuk Rimba, Semanggol semalam. - Foto Ihsan Pembaca

BAGAN SERAI – Seorang penunggang motosikal maut setelah kenderaannya merempuh jentera pembajak sawah di Kampung Tebuk Rimba, Semanggol semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintendan Hudri Mohd. Arshad berkata, mangsa, Abu Samah, 46, yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan.

“Siasatan awal mendapati, mangsa dalam perjalanan dari arah Semanggol hendak menuju ke Kampung Tengah Selinsing.

“Ketika melalui jalan minitar di kampung itu, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tayar belakang bahagian kanan jentera jenis Kobuta yang dipandu seorang lelaki berumur 39 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pemandu jentera pembajak tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI