SHAH ALAM – Kerajaan bersetuju menstruktur semula empat syarikat konsesi lebuh raya bertol kendalian syarikat Prolintas bagi mengurangkan kadar tol di lebuh raya kendalian konsesi berkenaan berkuat kuasa 20 Oktober ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata lebuh raya terbabit ialah Lebuh Raya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA) dan Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (Silk). – KOSMO! ONLINE