PETALING JAYA – Seorang lelaki dilihat sengaja membaringkan dirinya di tengah jalan sehingga menghalang lalu lintas dikesan polis dalam satu kejadian di jalan raya berhampiran Blok Empat Pangsapuri Desa Mentari di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakrudin Abdul Hamid berkata, tindakan individu tersebut dikesan melalu rakaman video berdurasi 54 saat yang tular di Instagram @info.semasa.
Katanya, menerusi rakaman video tersebut, lelaki itu bertindak membaringkan dirinya di tengah jalan raya dan menghalang lalu lintas.
“Rakaman kejadian dimuat naik oleh pemilik akaun tersebut sekitar pukul 1 pagi tadi dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri, di sini.
“Diharapkan pemilik atau pemandu kereta dan saksi kejadian tampil membuat laporan di balai polis berdekatan bagi membantu siasatan, ” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE.