fbpx

Quartararo mula pasang impian besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO berjaya menjulang kejuaraan di GP Barcelona dan mahu mengulangi kejayaan sama di Le Mans hujung minggu ini. – AFP

PERANCIS – Pelumba pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing (SRT), Fabio Quartararo mahu memanfaat kelebihan pada jentera Yamaha YZR-M1 untuk memastikannya mampu meraih kemenangan di Grand Prix (GP) Perancis pada hujung minggu ini.

Pelumba Perancis tersebut mengakui casis dan reka bentuk pada jentera YZR-M1 bersesuai­an dengan Litar Le Mans dan yakin pasukannya itu mampu melakar sejarah seperti yang dilakukannya di Barcelona akhir bulan lalu.

Quartararo berjaya meraih kemenangan GP Barcelona di Litar Catalunya, sekali gus kembali memimpin carta kedudukan pelumba dengan kelebihan tujuh mata dengan pelumba Suzuki, Joan Mir.

“Saya fikir jentera M1 mampu berfungsi dengan baik di sana. Kami tahu betul bahawa jentera M1 sangat sesuai di litar ini. Saya sangat gembira kerana dapat beraksi di laman sendiri dan ia adalah perasaan yang luar biasa tiba di Perancis sebagai pendahulu perlumbaan.

“Le Mans merupakan litar ke­gemaran saya. Penting bagi kami untuk memburu kemena­ngan sekaligus memperoleh mata sebanyak yang mungkin. Saya tiada masalah beraksi di litar ini kerana tahun lalu saya meng­­a­khiri perlumbaan di kedudukan kelapan.

“Saya harap dapat meneruskan momentum cemerlang se­perti di Barcelona dan mampu diulangi di Perancis untuk membawa kejayaan buat pasukan.

“Saya tidak sabar untuk turun beraksi pada Jumaat ini nanti. Saya harap peminat dapat hadir untuk memberi sokongan kepada kami,” katanya.

Untuk rekod, pelumba paling banyak menjuarai perlumbaan di Le Mans adalah Jorge Lorenzo yang meraih lima kemenangan. Pelumba Honda, Marc Marquez menjulang kemenangan seba­nyak tiga kali, manakala Mave­rick Vinales menjuarai perlumbaan tersebut sekali. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI