fbpx

Jodie Comer wanita tercantik di dunia tahun 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COMER memiliki ketepatan wajah sehingga 94.52 peratus. – Getty

LONDON – Aktres Britain, Jodie Comer dinobatkan sebagai Wanita Tercantik di Dunia bagi tahun 2022 kerana mempunyai ketepatan wajah 94.52 peratus di bawah nisbah Golden Ratio of Beauty, lapor akhbar The Sun semalam. 

Selebriti berusia 26 tahun itu mendahului senarai tersebut dengan aktres Amerika Syarikat (AS), Zendaya berada di tempat kedua dan diikuti model terkenal, Bella Hadid di tempat ketiga.

Teknik yang digunakan dalam penelitian itu diperkenalkan sejak zaman purba lagi dan diguna pakai untuk mengukur tahap kesempurnaan fizikal seseorang.

Pakar mengira bentuk wajah yang sempurna termasuk saiz dan kedudukan bibir, hidung, dagu dan rahang. Ciri yang dimiliki Comer didapati sepadan dengan nisbah yang ideal.

Senarai 10 wajah wanita tercantik itu dikelola oleh seorang pakar bedah kosmetik profesional dari klinik Harley Street, Dr. Julian De Silva. Beliau menggunakan alat pemetaan muka digital untuk memadankan ramai selebriti-selebriti moden.

Antara yang tersenarai termasuk penyanyi, Beyonce (92.44 peratus), Ariana Grande (91.81 peratus), personaliti televisyen, Kim Kardashian (91.28 peratus) dan bintang drama Squid Game, HoYeon Jung (89.63 peratus).

Selain itu, penyanyi Taylor Swift, supermodel Britain, Jourdan Dunn dan pelakon Bollywood, Deepika Padukone turut menduduki senarai 10 teratas.

“Jodie Comer adalah pemenang yang jelas apabila semua elemen wajahnya diukur mempunyai kesempurnaan fizikal,” kata De Silva. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI