fbpx

Khairul Syazwan dikesan, saksi kes dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Syazwan kini dikesan polis sebagai saksi kes perbicaraan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan lelaki yang menjadi saksi penting berhubung perbicaraan kes dadah di Mahkamah Tinggi Shah Alam (Jenayah 2).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, individu terbabit diperlukan untuk hadir sebagai saksi semasa perbicaraan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Saksi bernama Khairul Syazwan Md Rabi, 28. Jika orang ramai mempunyai maklumat boleh hubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Syahir Ajamain di talian 011-62625970,” katanya.

Beliau berkata, lelaki terbabit diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya atau hadir ke Mahkamah Tinggi Jenayah 2, Shah Alam pada 18 Oktober ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI