fbpx

113 anggota Rela terima watikah perlantikan KPRK, KPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah beramah mesra dengan anggota RELA pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua Perhubungan RELA Kawasan (PRK) dan Ketua Platun RELA, di Kompleks KDN di sini hari ini. - FOTO/ SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Seramai 113 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Selangor dan Wilayah Persekutuan telah menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Perhubungan Rela Kawasan (KPRK) dan Ketua Platun RELA (KPR).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kementeriannya kini dalam rangka memperkasakan peranan Rela untuk lebih kompetetif dengan membuat penyusunan semula terhadap platun-platun atau organisasi anggota RELA.

“Sempena dengan pelantikan ini suka saya ingatkan kepada semua KPRK dan KPR yang dilantik supaya melaksanakan segala peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan cekap, profesional dan penuh berintegriti.

“Pelantikan ini sememangnya bukanlah jawatan semata-mata, tetapi ianya datang bersekali dengan peranan yang harus dilaksanakan dan tanggungjawab yang harus dipikul,” katanya ketika berucap pada majlis Penyampaian Watikah Pelantikan KPRK dan KPR di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, di sini hari ini.

Dalam majlis itu, seramai lapan anggota menerima pelantikan KPRK manakala 105 lagi anggota Rela telah menerima pelantikan KPR.

Dalam pada itu, Hamzah berkata, pihak Rela diharapkan sudah bersiap sedia dalam memberikan perkhidmatan ketika negara memasuki musim Monsun Timur Laut (MTL).

“Seperti mana laporan dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), MTL akan bermula pada November dan berakhir pada Mac di mana kebiasaannya negara akan dilanda banjir.

“Saya percaya dengan perancangan rapi yang telah dibuat akan dapat mencegah berlakunya situasi yang kita semua tidak inginkan contohnya bencana banjir seperti yang berlaku di Taman Sri Muda, Shah Alam tahun lalu,” ujarnya.

Hamzah berkata, anggota Rela diharapkan dapat memberi bantuan dan kerjasama yang sepenuhnya kepada semua agensi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI