fbpx

Istiadat kemahkotaan Raja Charles III pada 6 Mei 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Charles III akan dianugerahkan kedaulatan di samping mahkota yang akan diletakkan pada kepalanya. – Getty Images

LONDON – Istana Buckingham menitahkan bahawa istiadat kemahkotaan Raja Charles III bakal diadakan pada 6 Mei 2023 di Westminster Abbey, London, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.

Pasangan Raja Charles, Queen Consort Camilla, akan berada di samping suaminya dan turut dimahkotakan dalam upacara penuh bersejarah itu.

Charles ditabal menjadi raja apabila ibundanya, mendiang Ratu Elizabeth II mangkat, namun istiadat kemahkotaan pada tahun depan akan menandakan simbolik kepada pemerintahan baharu baginda.

Dengan menjalani beberapa ritual keagamaan, Charles akan dianugerahkan kedaulatan di samping mahkota yang akan diletakkan pada kepalanya.

Menurut Istana Buckingham, upacara tersebut akan menggabungkan elemen kuno dan moden sambil menambah, ia bakal mengetengahkan tradisi lama yang menggambarkan peranan sistem beraja hari ini dan masa depan.

Istiadat kemahkotaan itu akan menjadi yang pertama diadakan dalam tempoh hampir 70 tahun, dengan kali terakhir berlangsung adalah ketika mendiang Ratu Elizabeth II dimahkotakan pada Jun 1953.

Majlis kemahkotaan mendiang baginda berlangsung hampir tiga jam, namun beberapa sumber diraja memberitahu bahawa istiadat tahun depan akan berlangsung dalam masa lebih pendek dengan bilangan tetamu yang lebih sedikit.

Kira-kira 8,000 tetamu menghadiri istiadat tersebut pada 1953, namun kapasiti yang ditetapkan bagi upacara tahun depan adalah sekitar 2,000 orang.

Majlis kemahkotaan Raja Britain telah diadakan di Westminster Abbey selama lebih 900 tahun, dengan gereja zaman pertengahan menjadi latar belakang kepada upacara yang menggabungkan unsur keagamaan dan simbol perlembagaan.

Pengumuman tarikh istiadat itu dilakukan selepas lebih sebulan kemangkatan Ratu Elizabeth II. Charles ditabal menjadi Raja Britain apabila mendiang baginda mangkat pada 8 September dan menjadi ketua negara bagi 14 negara Komanwel termasuk Australia, Kanada dan New Zealand.

Tarikh tersebut juga jatuh pada hari lahir keempat cucunda baginda, Archie, yang merupakan anak kepada Putera Harry dan Meghan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI