fbpx

12 anggota bomba maut sejak 2015, paling ramai lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba dan penyelamat melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Kampung Kuala Pa, Kuala Nerang pada Jun tahun lalu.

PETALING JAYA – Di sebalik pelbagai tugasan menyelamat dan membantu orang ramai ketika bencana, tiada siapa menyangka anggota bomba turut berdepan risiko kehilangan nyawa demi menunaikan tanggungjawab.

Berdasarkan statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), seramai 12 pegawai dan anggota dilaporkan meninggal dunia semasa bertugas bagi tempoh tujuh tahun sejak 2015.

Jurucakap JBPM berkata, purata 12 kematian itu adalah membabitkan anggota muda yang berusia 22 hingga 46 tahun.

“Kematian akibat lemas semasa operasi mencari dan menyelamat merekodkan kematian yang tertinggi iaitu seramai tujuh orang.

“Kematian semasa operasi pula seramai dua orang, manakala tiga kes lagi masing-masing melibatkan kematian akibat letupan kilang, patukan ular berbisa, dipukul semasa operasi dan ter­kena renjatan elektrik,” ujarnya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Menurut JBPM lagi, negeri Selangor mencatatkan kematian tertinggi dalam kalangan pegawai bomba.

“Di Selangor sahaja, seramai lapan anggota bomba meninggal dunia berbanding dengan negeri-negeri lain.

“Kematian pegawai bomba turut direkodkan di Kuala Lumpur, Sabah, Pahang, Johor dan Melaka dengan masing-masing satu kes,” katanya.

Untuk rekod, antara kes pa­ling mencuri tumpuan membabitkan kematian anggota bomba ada pada 3 Oktober 2018 apabila enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) meninggal dunia ketika operasi menyelamat seorang remaja lelaki yang lemas di Lombong Taman Putra Perdana berhampiran Perumahan La Cottage, Puchong, Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI