fbpx

‘Check-In’ lokap tak sampai 24 jam buat ‘kerja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zamry Marinsah (tiga dari kanan) bersama barangan kes di IPD Segamat yang di temui hasil penahanan empat suspek sekitar Labis dan Kluang.

SEGAMAT – Polis menumpaskan satu sindiket yang aktif melakukan kegiatan pecah rumah serta curi kenderaan di sekitar daerah ini sejak minggu lalu menerusi Op Lejang Khas dan Op Pintu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, empat suspek berusia 32 hingga 54 tahun diberkas dalam beberapa serbuan di sekitar Labis dan Kluang pada 7 Oktober lalu.

“Tangkapan ke atas kumpulan itu dibuat selepas polis menerima laporan daripada seorang pengadu di Segamat pada 7 Oktober lalu.

“Dalam kejadian itu, rumah mangsa dipecah masuk dan kereta jenis Honda Accord hilang. Motorsikal jenis Honda Vario dan tiga rim di ruang tamu turut dilarikan ketika mangsa tiada di rumahnya selama sebulan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zamry, antara suspek yang ditahan adalah pengusaha bengkel dan operator trak tunda.

Kumpulan itu menggunakan modus operandi berbeza apabila berkongsi rangkaian latar belakang kepakaran ahli kes pecah rumah, curi kenderaan dan melerai kenderaan sebelum dijual kepada mereka yang berminat.

“Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM35,500 manakala kerugian yang dialami pengadu pula RM35,500.

“Mereka direman sehingga 16 Oktober ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 457, Seksyen 379(A), berkaitan pecah rumah serta curi kenderaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI