fbpx

Mahkamah: Buruh pukul isteri dipenjara 10 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zughairi (kanan) di bawa keluar dari kamar mahkamah selepas dijatuhi hukuman penjara 10 bulan kerana mencederakan isterinya di Mahkamah Majistret Marang hari ini.

MARANG – Perbuatan zalim seorang buruh tiga kali memukul isterinya hingga cedera berbalas apabila dia dipenjara selama 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda memutuskan demikian selepas tertuduh, Ahmad Zughairi Mohd. Zuki, 36, membuat pengakuan bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Beliau menjatuhkan hukuman penjara enam, 10 dan lapan bulan bagi setiap pertuduhan namun memerintahkan ia berjalan serentak mulai semalam.

Berdasarkan pertuduhan, Ahmad Zughairi didakwa mencederakan isterinya yang berusia 36 tahun di hadapan rumah mereka di Bukit Payung di sini pada pukul 7.45 malam, 3 Mei 2021.

Dia didakwa sekali lagi mencederakan mangsa di dalam sebuah bilik di rumah mereka pada pukul 1.30 pagi, 22 Julai 2021.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa mengulangi perbuatan sama terhadap isterinya di sebuah asrama anak yatim di Bukit Payung pada pukul 4 petang, 15 Julai lalu.

Ahmad Zughairi didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI