fbpx

PH Selangor tetap tidak akan bubar DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin.

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) Selangor tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) meskipun Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil keputusan untuk membubarkan DUN mereka.

Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, itu mungkin cadangan sahaja daripada PH Pulau Pinang untuk membubarkan DUN mereka.

“Jadi kita tunggu sahaja keputusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” katanya selepas majlis pelancaran Kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, di sini hari ini.

Malam tadi, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, cadangan untuk membubarkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sekali gus akan dibincangkan menerusi mesyuarat Majlis Presiden PH petang hari ini.

Katanya, ia susulan DAP Pulau Pinang memohon supaya keputusan pembubaran Kerajaan Negeri Pulau Pinang dikaji semula selepas mengambil kira pelbagai perkara termasuk permintaan rakyat negeri itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI